Jarak Dari Susur Keluar Dari Tol Juru ke Kg Semilang

Salam Muhibbah. Jika anda dari arah Kuala Lumpur ingin mencari homestay di perkampungan melayu di Juru, eloklah ke Kg Semilang, Kg Kuala Juru atau Kg Sekolah Juru. Tiga kampung ini tidaklah jauh dari Autocity Juru. Lebih kurang 5.3 km sahaja.

Kelihatan homestay kian rancak diusahakan oleh orang melayu tempatan dengan harga yang berpatutan. Antara lokasi menarik ialah:


1. Mendaki Bukit Juru yang bersebelahan laut yang mengadap Batu Maung. Terdapat 600 anak tangga yang agak terpacak. Banyak jenis pokok yang tidak diterokai oleh pembangunan seperti Medang, Mempening, Kelat dan lain-lain lagi.



2. Pilihan makanan yang popular seperti Mee Udang Paksu yang istimewa


3. Restoren Nelayan Kg Kuala Juru

4. Kawasan Jeti Nelayan

Ulasan

Catatan Popular