Apa Yang Menarik Di Kampung Juru, Pulau Pinang

Salam Muhibbah, buat pengemar ekplorasi destinasi.

Juru di Pulau Pinang adalah tempat istimewa. Kenapa? Selain berada kawasan bandar, ia sebenarnya berada di tepi laut yang berhadapan dengan pulau di sebelah sana. Tentunya Batu Maung dan Bayan Lepas selain Pulau Jerejak jika kita berkunjung ke Kg Kuala Juru.
Bagi orang tempatan bila disebut Juru akan timbul beberapa perkara iaitu Plaza Tol Juru, Auto City Juru atau penempatan  perkampungan Melayu asal di Kg Sekolah Juru, Kg Sungai Semilang, Kg Kuala Juru, Kg Bagan Nyior dan Kg Bukit Kecil. Banyak perkara boleh dilakukan di Juru bagi kaki pendaki atau kepada geng nak sihat untuk mendaki Bukit Juru.

 Inilah kemuncak Bukit Juru. Ada dua panorama di sebelah depan laut (Pulau Jerejak) atau di belakangnya kelihatan perkampangan melayu.

  Sebanyak 300 anak tangga perlu dijejaki. Inilah cara mengeluarkan peluh sambil bernafas dengan kenyamana hutan dan aroma laut.





Di mana tempat naik. Berhampiran Pak Su Mee Udang yang terkenal di kalangan biker dan orang luar yang menginap di homestay area Juru.

Ulasan

Catatan Popular